Sunday, July 3, 2011

D-Day Kayuhan Mesra Komuniti Bersama PDRM & Pertandingan Tarik Tali

Syukur kepadanya kerana pada hari ini 3 Julai 2011, hari yang dinantikan telahpun tiba. Cuaca di awal pagi yang cerah membuatkan ramai pihak begitu teruja untuk memulakan acara.

Acara Kayuhan Mesra Komuniti Bersama PDRM telah dilepaskan pada jam 9:00 pagi oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob. Seramai hampir 1000 peserta telah mula berkayuh sejauh 30 km melalui Ladang Kelapa Sawit Sungai Plentong.

Peserta pertama telah melintasi garisan penamat pada jam 10:15 pagi dan diikuti dengan lain-lain peserta sehingga jam 12:00 tengahari.

Pertandingan tarik tali juga dilangsungkan dalam suasana yang meriah dan dihadiri oleh penduduk sekitar Plentong. Acara sukaneka untuk kanak-kanak sekolah juga diadakan bagi menunjukkan kemesraan PDRM dengan masyarakat setempat.

Hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh para tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan acara ini. Hadiah cabutan bertuah juga menyaksikan hadiah utama iaitu sebuah motosikal Yamaha Lagenda 115, 10 biji mountain bike dan hamper juga telah diberikan kepada pemenang yang bertuah pada hari ini.

Kebanyakan peserta mengalu-alukan acara kayuhan ini diteruskan pada tahun hadapan. Ini menandakan komuniti berbasikal di negeri Johor khususnya dan serata Malaysia umumnya mahukan PDRM lebih mesra dan rapat dengan masyarakat sekaligus mempromosikan gaya hidup sihat dan hubungan dua hala di antara komuniti dan PDRM.